"Alhamdulillah! Hari ni sayyidul aiyam. Hani, jom ketip kuku. Kita niatkan ikut sunnah sempena hari Jumaat ni." kata Atiyah kepada roommate-nya.
"Okay, jom.. tapi.. Atiyah ketiplah dulu. Saya nak habiskan baca novel Adam Hawa ni sekejap. hehehe.." balas Hani sambil menyengih.
"La ba'sa.." Atiyah berkata separuh berbisik.
"HAH?! Apa awak cakap?" Hani menjerit. Dia memang sukar mengawal intonasi suaranya.
Atiyah tergelak sedikit. Kelakar melihat muka Hani yang pelik.
"Astaghfirullah.. Kawallah sikit suara tu.. Saya cuma sebut la ba'sa.." Atiyah senyum.
"Alaa.. Awak sebut perkataan yang saya tak faham.. Saya jadi peliklah.." Hani merungut.
"haha. La ba'sa itu maksudnya.. never mind!" Atiyah mengenyit mata sambil mengetip kuku.
Hani mengangguk seperti anak kecil. Comel.
Usai Atiyah mengetip kuku, dia menghulurkan pengetip kuku kepada Hani.
"Atiyah, macam mana ni?? Saya susahlah nak ingat turutan ketip kuku.." Hani mengomel.
"Mulakan dari jari telunjuk yang awak angkat ketika baca tahiyat awal dan akhir." Atiyah mentarbiyah.
"Lepas itu?" Hani tidak sabar terus bertanya.
"Kemudian, ketip ke arah kanan. Sambung ke tangan kiri. Ketip dari jari kelingking, ke arah kanan." Atiyah sabar mengajar Hani.
"Oh.. Tak susah pun sebenarnya, kan?" Hani menyengih lagi menunjukkan giginya yang dipakaikan pendakap gigi. Comel. Hani memang comel.
"Atiyah! Kalau nak ketip kuku kaki??" Hani menyergah.
"Mulakan pula dari kanan ke kiri." Atiyah senyum.
Hani terus mengetip kukunya.
Atiyah senyum. Hani sudah pandai..