Pages

Jodohku.. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ♥

Menuju RedhaNya

Bismillah..

Sebelum memasak, aku akan teringat pesan Tok Abah. Jangan masak ketika lapar kerana masakan boleh menjadi masin dan jangan masak ketika kenyang kerana masakan boleh menjadi tawar. Aku gembira memasak hari ini. Aku memasak untuk tetamu paling istimewa dalam hidupku.

Telefon bimbitku berbunyi.

"Salam. Kami berlima, otw ke sana."
Aku mendapat mesej pesanan ringkas darinya. Aku berdoa agar mereka selamat dalam perjalanan.

'Eh. Lima orang? Makanan yang sedang aku sediakan pula hanya untuk tiga orang.'
Aku segera membaca 'laisalaha min dunillahi kaasyifah' agar Allah mencukupkan makanan yang sedikit ini kepada tetamuku yang ramai. Disamping itu, aku teruskan berselawat. Alhamdulillah, selepas juadah siap dimasak, aku menghidangkannya di ruang tamu.

Tok Mak berjalan ke ruang tamu.

"Dah siap?" tanyanya sambil tersenyum.

Aku mengangguk. Tersengih.

"Tak sangka Kaka akan ikut macam Tok Mak.. tapi benda baik buat apa ditunda kan?" katanya.

Aku senyum. Malu. "Moga Allah mudahkan semuanya, Tok Mak."

"Sedapnya bau makanan. Pandai cucu Tok Mak masak." pujinya.

Tok Mak berumur pertengahan 70 tahun. Dia bernikah dengan Tok Abah ketika umurnya 16 tahun. Tok Abah lebih tua sedikit berbanding Tok Mak. Namun, aku tidak pernah lihat mereka berselisih faham. Usia hanyalah angka yang tidak mempengaruhi sesebuah kebahagiaan.

Aku terdengar bunyi enjin kereta. Alhamdulillah, mereka sudah sampai.

Ibu dan Abah keluar untuk menyambut tetamu. Aku berasa malu untuk tampil.

Mereka datang untuk memulakan sunnah Baginda. Sunnah yang akan mengubah hidupku sedikit sebanyak.

Ya. Aku bakal menjadi seorang bidadari hati kepada seorang pejuang agama. Ada sebuah pertemuan untuk melamarku pada hari ini. Hatiku berdebar-debar. Aku bersyukur kerana aku akan menjadi seorang kekasih halal buat seseorang. Telah tiga tahun kami saling memendam rasa cinta sejak akhir Tingkatan 3.

Moga Allah permudahkan segala urusan.

Aku tersenyum.

Bagaimana Harus Kuperbetulkan?

Awal petang tadi, aku ke kedai telekomunikasi di bandar untuk membeli kad tambah nilai.

Aku melangkah masuk ke kedai. Terpandang seorang kakak yang sedang menjaga kedai tersebut. Dia tidak bertudung. Memakai baju kurung. Sekilas pandang, aku sangka dia seorang yang sombong.

Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke kaunter apabila aku tiba di hadapannya. Aku senyum.

"er. Nak top up...", butir bicaraku tersangkut sekejap.

Muka 'kakak' ni macam pernah aku kenali. Dua saat berlalu, aku masih tidak menyambung kata-kataku. 'Kakak' itu senyum.

"Ya?", dia meminta aku menyambung kata-kataku.

'Eh! Ini kan kawan aku sewaktu di sekolah rendah dulu! Yang talkative dan suka ketawa tu.', aku sudah dapat mengingat. Namun, aku sedikit hampa bila menghadapi kenyataan bahawa dia sedikit culas dalam bab aurat.

"..Hotlink, RM10", aku tersenyum kelat. Terasa mahu bertanya adakah dia masih ingat aku.. tapi sifat terlalu-pemalu aku membuatkan hasratku tergantung begitu sahaja.

"Terima kasih.", ucap kawan lamaku dengan senyumannya.

Ya, aku masih ingat sifat periangnya tujuh tahun dulu. Tak sukar untuk aku recall.

'Ya Allah.. Bagaimana harus kuperbetulkan kawanku itu?..', aku berkata dalam hati.

Aku melangkah keluar dari kedai dengan rasa penyesalan sehinggakan aku tidak dapat fokus buat seketika apabila orang lain bercakap denganku. Fikiranku menerawang.

Allahu.. Ampunkan aku kerana tidak membantu dia..

My Book: Cinta High Class

Bismillah.

Saya dapat tahu tentang novel ini dari Twitter, kalau tak silap. Jujurnya, kalau pandang cover buku ni, saya akan fikir lima kali sebelum beli. Saya memang judge books by its cover. Mwehehe. Saya tertarik nak memiliki buku ni bila baca feedback yang sangat baik dari para pembacanya.



Saya rasa teruja bila Allah singkatkan masa saya mencari novel ni. Alhamdulillah, parents tak menghalang saya beli novel ni walaupun SPM dah dekat sangat waktu tu. hihi.

Saya baca setiap helai dari novel ni, kecuali helaian copyright tu. hehe.. dan, saya rasa sangat gembira serta bersyukur. Banyak ilmu yang saya dapat dari novel ni. Bukan setakat bab cinta, nikah, dan cara mengenali bakal suami. Bahkan, ada juga ilmu fiqh, psikologi dan hadis.

Subhanallah. Novel ni sedikit sebanyak dah luruskan langkah saya dalam bercinta. Islam meraikan setiap kondisi umatnya. Islam menawarkan solusi bagi setiap permasalahan. Islam itu memang indah!

Bagi saya, ehem, saya dah dapat kurangkan perkara lagha dalam percintaan saya. Saya cuba menguruskan rindu dengan zikir. Saya cuba berpuasa syahwat. Jarak yang Allah bentangkan antara saya dan si dia merupakan suatu nikmat. Mujahadah menjadi lebih mudah. Alhamdulillah! Saya dah dapat menerimanya dengan baik dari hari ke hari.
Moga kekuatan hati saya ni akan terus bercambah. Allahumma aamiin.

Novel ini juga menyediakan tips kebahagiaan rumah tangga. Macam-macam yang terkandung dalam novel ini. Ada kisah suka. Ada kisah duka. Ada kisah kekeluargaan. Ada kisah persahabatan. Ada kisah perpisahan. Saya boleh katakan, novel ini sendiri novel yang high class.

Buku ni juga mempunyai aura yang tersendiri.

Bagi mereka yang single, bacalah novel ini untuk mempersiapkan diri dilamar bakal pasangan yang soleh.
Bagi yang terlajak bercinta a.k.a. couple, bacalah novel ini untuk mencari solusi dalam menguruskan perasaan.
Bagi yang sedang bertunang, bacalah novel ini untuk mengetahui adakah tunanganmu itu bakal menjadi pasangan yang setia.
Bagi yang sedang melayari bahtera perkahwinan, bacalah novel ini agar pernikahanmu kekal manis setiap detik hingga ke syurga.
Bagi yang sudah berpisah, novel ini menyediakan ubat bagi merawat hatimu dan akan membangkitkan semangat dalam jiwa.

Bacalah! Anda takkan menyesal, insyaAllah :)

#2 Selamat Tinggal, Sekolah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa hari sebelum SPM, aku berniat nak berubah. Aku nak bertudung labuh. Nak jadi perempuan solehah.

Aku mudah tersasar. Aku mudah terikut-ikut. Ya, iman aku tak teguh. Namun, hamba Allah tak pernah salah kalau nak berhijrah. Niat itu yang penting. Ikhlas, hanya kerana Allah Taala.

Hajat aku tak kesampaian pada minggu pertama SPM. Tudung labuhku ada pada adikku di asrama tempat dia belajar. Aku hampa. Sedih. Aku cuba cari tudung labuh lain yang ada di rumah. Ada! tapi itu milik adikku. Tidak cukup labuh bagiku. Aku sabar.

Ada hikmahnya.

Dua minggu terakhir untuk SPM, barulah niat aku terlaksana. Kata-kata sindiran dan situasi yang boleh jatuhkan air muka aku, itu semua dah berlegar-legar dalam fikiran aku. Aku tabahkan hati. Aku teringatkan pesan cikgu kesayanganku.

"Kenapa awak tak masuk kelas saya hari tu?" Cikgu tanya ingin tahu. Dia prihatin terhadapku.
Hari itu, aku menangis dengan teruk. Lumrah untuk aku ada masalah dengan kawan. Aku ceritakan semuanya kepada cikgu. Aku teliti apa yang aku katakan. Tidak mahu menyalahkan pihak kawan. Biarlah. Aku tak pernah kisah siapa menang, siapa kalah. Pada aku, kebenaran itu yang paling penting. 
Syukur, aku tidak menjatuhkan air mataku di hadapan cikgu itu. Aku sudah lebih kuat dari sebelumnya. 
"Awak, saya nak tanya. Awak sedang duduk atas kerusi kan? Apa jadi kalau tempat sandar ni patah? Awak akan jatuh tak?" Cikgu cuba memberi analogi.  
"Tak.." 
"Macam mana pula kalau kaki kerusi ni patah? Awak jatuh kan?" 
"Jatuh.." 
"Apa yang saya nak cakap, jangan jadikan kawan itu tempat awak bergantung. Bila kawan awak tinggalkan awak, awak akan 'jatuh', sebab awak kehilangan tempat awak bergantung." 
"Hm.." Aku sebak. 
"Jadikan kawan itu sebagai sandaran. Cukup. Kalau kawan awak tinggalkan awak, awak takkan 'jatuh'. Awak bergantunglah pada Allah. Allah sentiasa ada untuk awak. Awak takkan pernah 'jatuh'." 
Aku terasa ingin memeluknya. Namun, sifat pemalu aku yang tidak bertempat menyebabkan hasratku terbatal. 
"Waktu saya di universiti dulu, saya tak ada best friend tau?" Aku terkejut. Lantas, aku teringat Prof. Muhaya. Prof pun cakap, waktu di universiti dulu, dia tak ada best friend.
Mereka berjaya walaupun tak ada best friend. Aku? Tak mungkin aku tak boleh. 
Cikgu banyak beri aku kekuatan. Aku bagaikan diberi semangat baru. Aku seolah-olah mendapat keberanian untuk menghadapi dugaan di dunia ini. Kami bertemu lebih 2 jam. Masa terasa sekejap. Kalau boleh, aku ingin bercakap lebih lama dengan cikgu. 
"La haula wa la quwwata illa billah. Amalkan zikir ni. Kita ni hamba Allah yang lemah. Hanya kepada Allah kita meminta pertolongan. Awak amalkan zikir ni tau?" 
Aku senyum dalam rasa sebak. Lantas, aku mengangguk.
"Terima kasih cikgu."

 Kalimah itulah yang aku amalkan. Aku persiapkan mental aku untuk sabar ketika dihujani kata-kata sindiran dan situasi memalukan. Sangkaan aku betul. Ada sahaja kata-kata yang memanah telinga aku. Ada sahaja pandangan kurang senang. Ada yang menjatuhkan air muka aku.

Aku meraikan sesiapa saja yang datang kepadaku. Aku berkawan lillahi taala. Jika dia pergi, aku tak kisah sangat. Sebab, aku bergantung pada Allah. Allah, Dia kekuatanku. Aku lebih tabah sekarang.

Zaman persekolahan telah membawa aku untuk menjadi lebih matang, lebih berhati-hati. Ujian yang dulunya aku rasakan berat, kini terasa ringan dan tidak menggugat aku. Akhirat itu tujuan utamaku. Bila aku menjadikan akhirat sebagai keutamaan, ujian di dunia terasa ringan.

Wajah yang baik tidak mencerminkan jiwa yang bersih. Kepercayaan itu bagaikan kertas. Sekali ianya rosak, kepercayaan yang baru takkan pernah sempurna seperti sebelumnya. Atau.. mungkin juga 'kertas' yang rosak itu akan terus dibuang?

Alhamdulillah.


Rasa hati

Hm..

Baru lepas baca satu post tentang perempuan.. yang buat hatiku berdetik,

"Rasa nak remove saja semua kaum lelaki dari friend list di Facebook.."

"..tapi mereka tak bagi harm pada aku rasanya. Cuma, memang selalu ada yang update status lagha.. melalaikan.."

"Tak mengapa. Aku sendiri sangat jarang membuka news feed. Biarlah. Mungkin mereka membaca status dakwahku.."

"Moga ada manfaatnya.. walau sedikit."

"Mungkin satu hari nanti aku akan remove semua lelaki dari Facebook aku.."

"Suatu hari nanti.."
Daisypath Friendship tickers