Pages

Jodohku.. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ♥

Bagaimana Harus Kuperbetulkan?

Awal petang tadi, aku ke kedai telekomunikasi di bandar untuk membeli kad tambah nilai.

Aku melangkah masuk ke kedai. Terpandang seorang kakak yang sedang menjaga kedai tersebut. Dia tidak bertudung. Memakai baju kurung. Sekilas pandang, aku sangka dia seorang yang sombong.

Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke kaunter apabila aku tiba di hadapannya. Aku senyum.

"er. Nak top up...", butir bicaraku tersangkut sekejap.

Muka 'kakak' ni macam pernah aku kenali. Dua saat berlalu, aku masih tidak menyambung kata-kataku. 'Kakak' itu senyum.

"Ya?", dia meminta aku menyambung kata-kataku.

'Eh! Ini kan kawan aku sewaktu di sekolah rendah dulu! Yang talkative dan suka ketawa tu.', aku sudah dapat mengingat. Namun, aku sedikit hampa bila menghadapi kenyataan bahawa dia sedikit culas dalam bab aurat.

"..Hotlink, RM10", aku tersenyum kelat. Terasa mahu bertanya adakah dia masih ingat aku.. tapi sifat terlalu-pemalu aku membuatkan hasratku tergantung begitu sahaja.

"Terima kasih.", ucap kawan lamaku dengan senyumannya.

Ya, aku masih ingat sifat periangnya tujuh tahun dulu. Tak sukar untuk aku recall.

'Ya Allah.. Bagaimana harus kuperbetulkan kawanku itu?..', aku berkata dalam hati.

Aku melangkah keluar dari kedai dengan rasa penyesalan sehinggakan aku tidak dapat fokus buat seketika apabila orang lain bercakap denganku. Fikiranku menerawang.

Allahu.. Ampunkan aku kerana tidak membantu dia..
Daisypath Friendship tickers