Pages

Jodohku.. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ♥

Kerinduan Abadi

Alhamdulillah.. Satu kebahagiaan buatku bila dapat pulang ke rumah dan bertemu ahli keluarga pada hujung minggu. Bila dah jadi pelajar kolej swasta, aku mula belajar erti berjimat dan bersederhana.
Kalau dulu, rambang mata nak beli semua benda yang nampak cantik dan menarik. Bila dah suka pada sesuatu, ambil je dan terus beli. Sekarang ni, fikir dua tiga kali juga kalau nak beli sesuatu. 

Pengalaman pertama kali balik kampung (Johor) seorang diri, aku ke stesen LRT Sentul Timur dari Kolej Islam Antarabangsa (IIC) naik teksi, tambang dalam RM7.80. Sampai je, terus beli token ke Bandar Tasik Selatan dan tunggu untuk naik LRT aliran Sri Petaling. Bila dah sampai Bandar Tasik Selatan, aku masuk Terminal Bas Selatan (TBS) dan beli tiket bas untuk balik kampung. Punyalah nekad sampaikan redah je seorang diri. Allah kan ada. hehe.

Bila dah berhijrah ke negeri orang untuk menyambung pelajaran, nak atau tidak, aku perlu belajar untuk berdikari dan menjadi seorang yang cekal dan tabah. Kita tak boleh lari bila ada masalah datang melanda. Itu ini begitu begini, masalah tu akan muncul depan kita juga.

Dugaan tu nampak macam tak mampu nak dihadapi, tapi Allah sedang memberi kita kekuatan yang baru. Allah takkan uji kita kalau Allah tahu kita tak mampu. Kita cuma perlu percaya dengan perancangan Allah.

Bila Allah rindu akan hambaNya, Allah akan kirimkan hadiah istimewa melalui malaikat; berbentuk ujian. Allah ingin mendengar rintihan hambaNya setiap masa. Allah menciptakan kita dan tugas kita tak lain tak bukan adalah - to worship Him.

Kita tak hadir ke dunia ni dengan kehendak kita. Kita tak kembali kepadaNya mengikut kehendak kita. Jadi, perjalanan hidup kita takkan mengikut kehendak kita.

Saat kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan kita, tunggulah saat Allah menggantikan kedukaan kita tu dengan kebahagiaan yang tidak pernah kita jangka. Waktu tu, semua ujian dari Allah akan terasa manis dan insyaAllah rasa cinta kita kepada si Pencipta akan semakin mekar.

All we have to do is.. TRUST ALLAH.
Daisypath Friendship tickers