Pages

Jodohku.. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ♥

Dunia Tarbiyah

Mengapa aku di sini?

Pada saat getir, aku mula memuhasabah kembali. Aku berfikir, apa yang membuatkan aku begitu tekad untuk menyambung pengajian di Kolej Islam Antarabangsa (IIC)?
Yang aku pasti, aku tertarik untuk ‘hidup’ dalam suasana Islam di sini.

Kerana itu, aku menolak tawaran ke UiTM.
Waktu mendapat surat tawaran, aku lebih tertarik dengan IIC yang berada di ibu kota walaupun UiTM yang bakal menempatkan aku
adalah dalam negeriku sendiri .

Satu kesalahan besar yang aku lakukan – tidak istikharah.

Namun, apa pun, Allah telah menetapkan aku untuk berada di sini. Pasti ada hikmahnya. I have to trust Allah since He is the best planner.

Pernah suatu saat, aku terfikir untuk withdraw from college lantaran tertekan dengan masalah di hostel. Aku tidak mampu mengurus emosiku. Aku menangis di balkoni hostel. Aku bagaikan hilang arah, hilang tujuan.
Setelah merintih dengan Allah, aku menelefon ibuku. Mujur ibu bijak menyusun kata memujukku agar aku mampu bangkit dengan semangat baru.

Hari ini, aku ingin menjadi lebih cekal daripada semalam. Aku memohon kekuatan daripada Allah.




Minggu sebelum cuti sempena Aidiladha.

What a hectic week. Rabu dan Khamis ada pameran Islam di Great Hall. Jumaat perlu mock teaching dan ada presentation.

Waktu itu, aku sedang merehatkan diri di musolla kolej. Tiba-tiba, ada akak senior bagi tazkirah..

“Muhasabah diri kita..
Adakah kita mencintai Allah?

Kita selalu lupa Allah bila kita senang. Walhal, Allah tak pernah leka daripada mengingati kita.

Allah berkata, "Kasih sayangku terhadap hambaKu melebihi kemurkaanKu."

Allah hanya minta kita buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Dalam diri setiap orang, ada perasaan ingin kembali kepada fitrah untuk menjadi baik.

Ambil masa dan rasai impak muhasabah yang sebenar-benarnya.

Ada poster halaqah setiap Khamis. Bukan semua orang dapat peluang untuk menghadiri majlis ilmu.
Peluang dah ada. Hanya 'nak' atau 'tak nak' sahaja.

Letakkan Allah di tempat yang selayaknya jika benar kita mencintaiNya.

Saat nak keluar rumah, fikir, adakah Allah redha dengan kita?

Kalau hari ni kita rasa tak banyak buat amalan sunat hari ini, baiki diri kita setiap hari dengan memperbanyakkannya.

InsyaAllah, kita akan dapat apa yang kita niatkan.

Allah menghidupkan kita pada hari ini kerana Allah ingin memberi peluang untuk kita bertaubat. Bertaubatlah setiap hari.

Berhati-hati dengan nikmat yang kita perolehi kerana mungkin itu adalah istidraj.

Allah beri nikmat tetapi Allah murka dengan kita.
Boleh rujuk kisah dalam surah al-Kahfi. 




Dalam kelas.

Telefonku bergetar menandakan ada SMS masuk. Aku lantas membukanya.

“Assalamualaikum wbt. Petang ini, Khamis dari 5.15 hingga 6.15 petang, akan diadakan halaqah nurani membincangkan hadis 40 di kelas W307. Ilmu itu perlu dicari.Usah sia-siakan peluang yang ada.”

Aku terkesan. Ya, ada sahaja usrah dan halaqah pada setiap petang Selasa dan Khamis. Kelasku pada hari Selasa tamat pada 2.30pm dan aku akan terus menaiki bas kolej untuk pulang ke hostel yang jaraknya lebih kurang 9km. Manakala pada hari Khamis pula aku tidak mahu pulang lewat kerana aku bertugas untuk memasak di hostel.

Alasan..




Isnin, selepas seminggu cuti Aidiladha.

Selepas azan Zohor dilaungkan dari musolla kolej, aku turun untuk solat.

Selangkah kakiku melepasi pintu musolla, aku lihat para pelajar duduk dalam saf sambil mendengar tazkirah dari seorang ukhti.

‘Lecturer atau senior ya?’
Aku tidak dapat mengecam siapakah dia kerana dia berniqab ketika di luar.
Aku terus mengambil tempat dan mendengar isi tazkirah.

“Saat hati terdetik untuk berubah, teruslah bertaubat. Jangan tangguh-tangguhkan. Itu semua bisikan-bisikan syaitan.

Walaupun kita telah melakukan dosa dan menjadi ‘kotor’, Allah akan tetap mengambil kita dan membasuh kita dengan pengampunan dariNya.
Allah tak pandang masa silam kita tapi Allah pandang apa yang kita lakukan untuk berubah.

Jangan hiraukan mulut manusia kerana mulut manusia takkan pernah diam sehingga hari kiamat.  Biarlah mereka berkata ‘wah, alimnya dia’, ‘labuhnya tudung’, ‘dah pakai purdah ye sekarang’ . Kata-kata mereka tidak membawa kita ke syurga pun. Pedulikan itu semua.

Bertaubatlah. Usah bertangguh.
Detik hati untuk berubah itu adalah satu rahmat yang tak ternilai dari Allah.

Apabila ingin bertaubat, menyesallah dengan segala dosa kita dan istighfat sebanyaknya. Dirikian solat sunat taubat dan jangan lakukan lagi dosa yang telah lalu.

Semua orang ada sejarah silam sendiri. Saya juga ada sejarah hidup saya sendiri.
Namun kita tak pernah salah untuk bertaubat.

Walaupun kawan-kawan tak ada di sisi, kita akan merasa ‘cukuplah jika Allah ada bersamaku’. Kita tidak akan merasa sunyi kerana kita yakin Allah sentiasa menemani kita.

Bila hati dah terdetik untuk berubah, teruslah bertindak.Jangan bertangguh.”

Kata-kata ukhti itu meresap kedalam hatiku. Cara penyampaiannya penuh bertenaga dan aku dapat merasakan keikhlasannya dalam berdakwah.

Aku mula bercita-cita untuk menjadi seperti ukhti itu; merasa cukup dengan kehadiran Allah. 




Hujung minggu sebelum final exam semester 1. 

Waktu itu, aku sedang mengulangkaji subjek Islamic Studies. Tiba-tiba, aku mendapat satu SMS daripada seorang akak yang kukenali sewaktu menjaga awlad di Sungai Buloh. 

"Assalamualaykum wbt. Mari belajar bagaimana utk melihat hikmah dlm kehidupan sambil bernostalgia dgn zaman kanak2 anda. Jom ramai2 sertai kami di;
Tempat: Tasik UIA (berhampiran kompleks renang) 
Tarikh: 2 Nov 2013 
Masa: 8.30pg - 1.00ptg
Yuran: RM3 (makanan disediakan) 
Sila sahkan kehadiran anda selewatnya jam 5ptg Jumaat 1 Nov. 
Salam mewarnai hujung minggu ini dgn aktiviti menarik yg bermanfaat =) 
p/s: pls 4ward. Jzk." 

Aku melepaskan keluhan kecil kerana tidak dapat ke program tersebut. Jemariku menaip mesej membalas.

"Waalaikumussalam, kak :) Maaf sbb tak dapat hadir kerana saya tiada di KL pada tarikh tersebut. Moga kita dapat berjumpa di lain hari, insyaAllah."
Daisypath Friendship tickers