Pages

Jodohku.. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ♥

Reminder to myself

Bila Allah menimpakan ujian kepada kita, itu tanda Allah pandang kita. 
Allah mahu kita meluangkan lebih banyak masa bersamaNya. 
Bersujud dengan penuh rasa kehambaan. 
Menadah tangan memohon pertolongan, memohon keampunan, memohon kekuatan.. 
Dia rindu akan suara rintihan kita. 
Dia rindukan kita..
Allah rindu kita..

Bila Allah kurniakan kesenangan dan kecukupan, itu tanda Allah mahu uji kita. 
Adakah kita ini hamba yang bersyukur? 
Moga hati ini tidak akan pernah lalai daripada mengucapkan syukur kepada Dia yang Maha Pemurah. 
Moga kurniaan itu membawa kita agar menjadi lebih bersyukur. 

Usahlah bersedih andai kita merasakan duri dugaan itu terlalu banyak. 
Mahu menjadi lebih bersyukur? 
Lihatlah mereka yang hidupnya lebih menderita daripada kita. 
Usah lihat mereka yang lebih bahagia. 
Moga hati ini akan terdetik dan tersentak akan nikmatNya yang tidak terhitung. 

Bersyukurlah dengan udara percuma yang kita sedut. 
Bersyukurlah dengan rumah kita yang serba lengkap. 
Bersyukurlah kerana kita ada keluarga yang bahagia. 
Bersyukurlah dengan sahabat fillah yang Allah kurniakan. 

Bersyukurlah kerana kita tidak kelaparan pada hari ini. 
Bersyukurlah kerana kita berpakaian cantik pada hari ini. 
Bersyukurlah kerana kita masih selamat dari ancaman perang bil saif.

Buat diriku yang selalu lupa melihat nikmat dariNya. 
Buat diriku yang sentiasa cemburu melihat kelebihan orang lain. 
Buat diriku yang terlalu cintakan kemewahan dunia. 

p/s: If you noticed, I am using my real photo as profile picture in Facebook. My intention is to make ease for those yang ragu-ragu, 'who's this Nur Atikah Zaid for real?' especially my kawan-kawan dan keluarga. 
Niat itu rahsia hati!
Daisypath Friendship tickers