Pages

Jodohku.. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ♥

Pernah rasa cemburu?

Ujian itu..
mengikut kemampuan kita.

Ujian itu,
hanya atas kemampuan kita..

Pernahkah kau merasa cemburu?
Melihat mereka yang punya ibu ayah,
yang sporting, can spill out everything, can share anything,
yang boleh cerita semua benda,
yang selalu ada masa..
Sedangkan kita mungkin tak ada..
tak ada ayah bonda..
atau mungkin mereka tak punya masa untuk kita..
atau mungkin ikatan itu agak rapuh..
Maka bersabarlah.. 


Mungkin kerana kita mampu,
Tuhan uji kita daripada situ.

Mereka yang Allah beri kelebihan itu,
mungkin dia tak mampu berada di tempat kita.

;’)

Pernahkah kau merasa cemburu?
Melihat mereka yang punya ramai adik-beradik,
hubungannya pula rapat dan utuh.
Semua benda boleh cerita dan kongsi.
Sedangkan kita mungkin anak tunggal,
atau hubungan antara adik-beradik yang kurang rapat,
buat hal masing-masing.. 


Cemburu.. Memang cemburu..
tapi mungkin sebab kita mampu,
maka Tuhan uji kita daripada situ.
Sedangkan mereka yang Allah beri kelebihan itu,
mungkin.. kasih sayang antara adik-beradik itulah kekuatan buat dia.
Sedangkan kita.. 

yang kekurangan kasih sayang itulah.. 
yang membuat kita kuat.
Nampak tak?

;’)

Pernahkah dikau merasa cemburu?
Melihat orang lain punya sahabat..
yang meerima setiap kekurangan dan kelemahan dia..
yang menyembunyikan segala kesilapan dan keaiban dia..

Sedangkan kita tak punya teman rapat..
Semua benda buat sendiri..
Tak ada yang tahan berkawan dengan kita..
Tak ada yang mampu sabar dengan karenah kita..
Bahkan.. ada yang kita jumpa,
lebih suka sebarkan keaiban kita.

Cemburu, bukan? 
Ada air mata mahu gugur..
tapi mungkin sebab Tuhan tahu kita mampu..
mungkin Tuhan tahu kita tak perlukan itu.. 


Mereka yang Allah beri kelebihan itu,
maka itulah nikmat Tuhan yang dianugerahkan padanya.


Sedangkan kita, itulah bahagian ujian Tuhan buat kita.
mungkin kita perlu perbaiki hati kita..
perindah akhlak dan tingkahlaku kita..
dan perkuatkan pergantungan kita dengan Allah terlebih dahulu.


Mungkin sebab dia baik.. 

baik dengan Allah.. 
maka manusia baik pula dengannya.

:’)

Pernahkah dikau merasa cemburu?
Melihatkan orang lain..
jodoh mudah, 

jodoh dengan orang baik-baik..
zuriat banyak, 

zuriat baik-baik..

Sedangkan kita jodoh lambat sikit..
rezeki zuriat lambat sikit..

Mungkin sebab kita mampu..
maka Tuhan tangguhkan dulu.
Tuhan beri izin,
perbaiki apa yang kurang,
perelokkan apa yang masih tak elok,
supaya bila Dia beri nanti,
kita dah sedia.. 


Mungkin mereka yang dapat rasa nikmat itu,
sebenarnya dah pernah lalui apa yang kita rasa,
ataupun sebenarnya usaha mereka, doa mereka dan persediaan mereka.. 

lebih hebat dan lebih baik daripada kita.

Sedangkan kita cuma melihat bahagia, 

tak melihat usaha mereka sebelum mengecap bahagia itu.
Atau mungkin kerana mereka tak mampu..
dapat ujian macam kita,
maka Allah permudahkan urusan mereka ke arah itu.

Nampak tak?

Saat kita cemburu,
muhasabah semula, 

cemburu kita itu kerana apa?
Kerana Tuhan yang menganugerahkan nikmat itukah?

Sedangkan kalau kita mampu duduk sekejap, 

merenung kekurangan dan kekhilafan diri, 
kita akan jadi malu dan tahu sendiri,
mengapa semua itu terjadi.. 


Pujuklah. 

Pujuk hatimu..
Tuhan tak pernah menzalimi.
Mungkin ada yang perlu kita perbaiki.
Mungkin ada yang perlu kita perbaharui.
Mungkin ada yang perlu kita usahakan dengan lebih sungguh-sungguh, dengan sepenuh hati.

Jika ini semua adalah ujian,
moga kita ‘lulus’ dengan cemerlang,
dengan redha dariNyA.. 


;’)

Reminder to myself

Bila Allah menimpakan ujian kepada kita, itu tanda Allah pandang kita. 
Allah mahu kita meluangkan lebih banyak masa bersamaNya. 
Bersujud dengan penuh rasa kehambaan. 
Menadah tangan memohon pertolongan, memohon keampunan, memohon kekuatan.. 
Dia rindu akan suara rintihan kita. 
Dia rindukan kita..
Allah rindu kita..

Bila Allah kurniakan kesenangan dan kecukupan, itu tanda Allah mahu uji kita. 
Adakah kita ini hamba yang bersyukur? 
Moga hati ini tidak akan pernah lalai daripada mengucapkan syukur kepada Dia yang Maha Pemurah. 
Moga kurniaan itu membawa kita agar menjadi lebih bersyukur. 

Usahlah bersedih andai kita merasakan duri dugaan itu terlalu banyak. 
Mahu menjadi lebih bersyukur? 
Lihatlah mereka yang hidupnya lebih menderita daripada kita. 
Usah lihat mereka yang lebih bahagia. 
Moga hati ini akan terdetik dan tersentak akan nikmatNya yang tidak terhitung. 

Bersyukurlah dengan udara percuma yang kita sedut. 
Bersyukurlah dengan rumah kita yang serba lengkap. 
Bersyukurlah kerana kita ada keluarga yang bahagia. 
Bersyukurlah dengan sahabat fillah yang Allah kurniakan. 

Bersyukurlah kerana kita tidak kelaparan pada hari ini. 
Bersyukurlah kerana kita berpakaian cantik pada hari ini. 
Bersyukurlah kerana kita masih selamat dari ancaman perang bil saif.

Buat diriku yang selalu lupa melihat nikmat dariNya. 
Buat diriku yang sentiasa cemburu melihat kelebihan orang lain. 
Buat diriku yang terlalu cintakan kemewahan dunia. 

p/s: If you noticed, I am using my real photo as profile picture in Facebook. My intention is to make ease for those yang ragu-ragu, 'who's this Nur Atikah Zaid for real?' especially my kawan-kawan dan keluarga. 
Niat itu rahsia hati!

Dunia Tarbiyah

Mengapa aku di sini?

Pada saat getir, aku mula memuhasabah kembali. Aku berfikir, apa yang membuatkan aku begitu tekad untuk menyambung pengajian di Kolej Islam Antarabangsa (IIC)?
Yang aku pasti, aku tertarik untuk ‘hidup’ dalam suasana Islam di sini.

Kerana itu, aku menolak tawaran ke UiTM.
Waktu mendapat surat tawaran, aku lebih tertarik dengan IIC yang berada di ibu kota walaupun UiTM yang bakal menempatkan aku
adalah dalam negeriku sendiri .

Satu kesalahan besar yang aku lakukan – tidak istikharah.

Namun, apa pun, Allah telah menetapkan aku untuk berada di sini. Pasti ada hikmahnya. I have to trust Allah since He is the best planner.

Pernah suatu saat, aku terfikir untuk withdraw from college lantaran tertekan dengan masalah di hostel. Aku tidak mampu mengurus emosiku. Aku menangis di balkoni hostel. Aku bagaikan hilang arah, hilang tujuan.
Setelah merintih dengan Allah, aku menelefon ibuku. Mujur ibu bijak menyusun kata memujukku agar aku mampu bangkit dengan semangat baru.

Hari ini, aku ingin menjadi lebih cekal daripada semalam. Aku memohon kekuatan daripada Allah.




Minggu sebelum cuti sempena Aidiladha.

What a hectic week. Rabu dan Khamis ada pameran Islam di Great Hall. Jumaat perlu mock teaching dan ada presentation.

Waktu itu, aku sedang merehatkan diri di musolla kolej. Tiba-tiba, ada akak senior bagi tazkirah..

“Muhasabah diri kita..
Adakah kita mencintai Allah?

Kita selalu lupa Allah bila kita senang. Walhal, Allah tak pernah leka daripada mengingati kita.

Allah berkata, "Kasih sayangku terhadap hambaKu melebihi kemurkaanKu."

Allah hanya minta kita buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Dalam diri setiap orang, ada perasaan ingin kembali kepada fitrah untuk menjadi baik.

Ambil masa dan rasai impak muhasabah yang sebenar-benarnya.

Ada poster halaqah setiap Khamis. Bukan semua orang dapat peluang untuk menghadiri majlis ilmu.
Peluang dah ada. Hanya 'nak' atau 'tak nak' sahaja.

Letakkan Allah di tempat yang selayaknya jika benar kita mencintaiNya.

Saat nak keluar rumah, fikir, adakah Allah redha dengan kita?

Kalau hari ni kita rasa tak banyak buat amalan sunat hari ini, baiki diri kita setiap hari dengan memperbanyakkannya.

InsyaAllah, kita akan dapat apa yang kita niatkan.

Allah menghidupkan kita pada hari ini kerana Allah ingin memberi peluang untuk kita bertaubat. Bertaubatlah setiap hari.

Berhati-hati dengan nikmat yang kita perolehi kerana mungkin itu adalah istidraj.

Allah beri nikmat tetapi Allah murka dengan kita.
Boleh rujuk kisah dalam surah al-Kahfi. 




Dalam kelas.

Telefonku bergetar menandakan ada SMS masuk. Aku lantas membukanya.

“Assalamualaikum wbt. Petang ini, Khamis dari 5.15 hingga 6.15 petang, akan diadakan halaqah nurani membincangkan hadis 40 di kelas W307. Ilmu itu perlu dicari.Usah sia-siakan peluang yang ada.”

Aku terkesan. Ya, ada sahaja usrah dan halaqah pada setiap petang Selasa dan Khamis. Kelasku pada hari Selasa tamat pada 2.30pm dan aku akan terus menaiki bas kolej untuk pulang ke hostel yang jaraknya lebih kurang 9km. Manakala pada hari Khamis pula aku tidak mahu pulang lewat kerana aku bertugas untuk memasak di hostel.

Alasan..




Isnin, selepas seminggu cuti Aidiladha.

Selepas azan Zohor dilaungkan dari musolla kolej, aku turun untuk solat.

Selangkah kakiku melepasi pintu musolla, aku lihat para pelajar duduk dalam saf sambil mendengar tazkirah dari seorang ukhti.

‘Lecturer atau senior ya?’
Aku tidak dapat mengecam siapakah dia kerana dia berniqab ketika di luar.
Aku terus mengambil tempat dan mendengar isi tazkirah.

“Saat hati terdetik untuk berubah, teruslah bertaubat. Jangan tangguh-tangguhkan. Itu semua bisikan-bisikan syaitan.

Walaupun kita telah melakukan dosa dan menjadi ‘kotor’, Allah akan tetap mengambil kita dan membasuh kita dengan pengampunan dariNya.
Allah tak pandang masa silam kita tapi Allah pandang apa yang kita lakukan untuk berubah.

Jangan hiraukan mulut manusia kerana mulut manusia takkan pernah diam sehingga hari kiamat.  Biarlah mereka berkata ‘wah, alimnya dia’, ‘labuhnya tudung’, ‘dah pakai purdah ye sekarang’ . Kata-kata mereka tidak membawa kita ke syurga pun. Pedulikan itu semua.

Bertaubatlah. Usah bertangguh.
Detik hati untuk berubah itu adalah satu rahmat yang tak ternilai dari Allah.

Apabila ingin bertaubat, menyesallah dengan segala dosa kita dan istighfat sebanyaknya. Dirikian solat sunat taubat dan jangan lakukan lagi dosa yang telah lalu.

Semua orang ada sejarah silam sendiri. Saya juga ada sejarah hidup saya sendiri.
Namun kita tak pernah salah untuk bertaubat.

Walaupun kawan-kawan tak ada di sisi, kita akan merasa ‘cukuplah jika Allah ada bersamaku’. Kita tidak akan merasa sunyi kerana kita yakin Allah sentiasa menemani kita.

Bila hati dah terdetik untuk berubah, teruslah bertindak.Jangan bertangguh.”

Kata-kata ukhti itu meresap kedalam hatiku. Cara penyampaiannya penuh bertenaga dan aku dapat merasakan keikhlasannya dalam berdakwah.

Aku mula bercita-cita untuk menjadi seperti ukhti itu; merasa cukup dengan kehadiran Allah. 




Hujung minggu sebelum final exam semester 1. 

Waktu itu, aku sedang mengulangkaji subjek Islamic Studies. Tiba-tiba, aku mendapat satu SMS daripada seorang akak yang kukenali sewaktu menjaga awlad di Sungai Buloh. 

"Assalamualaykum wbt. Mari belajar bagaimana utk melihat hikmah dlm kehidupan sambil bernostalgia dgn zaman kanak2 anda. Jom ramai2 sertai kami di;
Tempat: Tasik UIA (berhampiran kompleks renang) 
Tarikh: 2 Nov 2013 
Masa: 8.30pg - 1.00ptg
Yuran: RM3 (makanan disediakan) 
Sila sahkan kehadiran anda selewatnya jam 5ptg Jumaat 1 Nov. 
Salam mewarnai hujung minggu ini dgn aktiviti menarik yg bermanfaat =) 
p/s: pls 4ward. Jzk." 

Aku melepaskan keluhan kecil kerana tidak dapat ke program tersebut. Jemariku menaip mesej membalas.

"Waalaikumussalam, kak :) Maaf sbb tak dapat hadir kerana saya tiada di KL pada tarikh tersebut. Moga kita dapat berjumpa di lain hari, insyaAllah."

Kerinduan Abadi

Alhamdulillah.. Satu kebahagiaan buatku bila dapat pulang ke rumah dan bertemu ahli keluarga pada hujung minggu. Bila dah jadi pelajar kolej swasta, aku mula belajar erti berjimat dan bersederhana.
Kalau dulu, rambang mata nak beli semua benda yang nampak cantik dan menarik. Bila dah suka pada sesuatu, ambil je dan terus beli. Sekarang ni, fikir dua tiga kali juga kalau nak beli sesuatu. 

Pengalaman pertama kali balik kampung (Johor) seorang diri, aku ke stesen LRT Sentul Timur dari Kolej Islam Antarabangsa (IIC) naik teksi, tambang dalam RM7.80. Sampai je, terus beli token ke Bandar Tasik Selatan dan tunggu untuk naik LRT aliran Sri Petaling. Bila dah sampai Bandar Tasik Selatan, aku masuk Terminal Bas Selatan (TBS) dan beli tiket bas untuk balik kampung. Punyalah nekad sampaikan redah je seorang diri. Allah kan ada. hehe.

Bila dah berhijrah ke negeri orang untuk menyambung pelajaran, nak atau tidak, aku perlu belajar untuk berdikari dan menjadi seorang yang cekal dan tabah. Kita tak boleh lari bila ada masalah datang melanda. Itu ini begitu begini, masalah tu akan muncul depan kita juga.

Dugaan tu nampak macam tak mampu nak dihadapi, tapi Allah sedang memberi kita kekuatan yang baru. Allah takkan uji kita kalau Allah tahu kita tak mampu. Kita cuma perlu percaya dengan perancangan Allah.

Bila Allah rindu akan hambaNya, Allah akan kirimkan hadiah istimewa melalui malaikat; berbentuk ujian. Allah ingin mendengar rintihan hambaNya setiap masa. Allah menciptakan kita dan tugas kita tak lain tak bukan adalah - to worship Him.

Kita tak hadir ke dunia ni dengan kehendak kita. Kita tak kembali kepadaNya mengikut kehendak kita. Jadi, perjalanan hidup kita takkan mengikut kehendak kita.

Saat kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan kita, tunggulah saat Allah menggantikan kedukaan kita tu dengan kebahagiaan yang tidak pernah kita jangka. Waktu tu, semua ujian dari Allah akan terasa manis dan insyaAllah rasa cinta kita kepada si Pencipta akan semakin mekar.

All we have to do is.. TRUST ALLAH.

Where's my face?

Bismillah. 

If you are one of my friends in Facebook, you'll noticed that I don't put my 'real' picture' as my profile picture or default picture (DP).

I did used my real picture as DP before but after Allah guide and give me some 'signal', I removed it step by step.
At first, I set is as 'private' on and off. Later on, I persuaded myself to delete it. I said, "Everything in this world isn't going to stay forever. I don't have to care much about these pictures of mine.." and *poof!* there's no more pictures with my face in it.

Why??

First.
I don't want any non-muhrim to stare at my picture. I want to reserve it for my husband. *elehhhh gediknya berangan pasal suami*

Second.
I am AFRAID that those non-muhrim will download my pictures.. sehinggakan fitnah + zina boleh berlaku. Bayangkan kalau ada lelaki save gambar kita dan tatap gambar tu setiap hari.. T____T
For me, ada golongan lelaki yang matanya macam ada scanner yang boleh bayangkan apa yang ada di sebalik pakaian muslimah, walaupun kita tutup aurat dengan sempurna. Creepy~

Err.. For now, that's my two main reason.

Muslimah merupakan fitnah terbesar di dunia ni. Kalau tak tutup aurat dengan sempurna, mula-mula sekali memang tabung dosa akan bertambah beratlah.
Bila ada lekaki ajnabi pandang, bertambah-tambahlah dosa kita. Kalau kita belum bersuami, bapa kita yang akan mendapat saham. Kalau dah bernikah, maka suami kita yang akan mendapat sahamnya. Sanggupkah melihat mereka diheret ke neraka asbab kita tak menutup aurat dengan sempurna?

I said that "ada golongan lelaki yang matanya macam ada scanner yang boleh bayangkan apa yang ada di sebalik pakaian muslimah, walaupun kita tutup aurat dengan sempurna". Kalau tak cover apa yang sepatutnya ditutup, kita seolah-olah memberi peluang kepada mata mereka untuk menjamah aurat kita. Bila Allah buat hati saya terdetik macam tu, saya mula tutup aurat dengan sempurna, sikit demi sikit - sebab saya tak mampu berubah secara drastik.

Ya, saya bukanlah muslimah yang ditarbiah. Dulu pun saya culas bab menjaga aurat. Alhamdulillah, Allah kirimkan seorang sahabat yang tak jemu nasihat dan marah (hehe) saya untuk menutup aurat. Sungguh, saya terharu..

Bila hati tu rasa nak berubah, teruslah ambil tindakan. Saya tak suruh awak berubah terus. Ubahlah ikut kemampuan. Allah suka akan hambaNya yang melakukan suatu amal secara berterusan walaupun nampak kecil berbanding melakukan amal yang nampak besar tapi tak istiqamah.

Saya kongsikan sedikit cara saya berubah dalam nak menutup aurat. Moga bermanfaat.
Saya mulakan dari memakai stokin bila nak keluar. On and off juga pada mulanya - dengan alasan leceh nak pakai. Saya tutup aurat kaki sebab itulah antara aurat yang paling kerap diabaikan.

Kemudian, saya mula biasakan diri dengan handsock. On and off juga. hehe. Syukur ada sahabat yang Allah kirimkan buat saya. Dia selalu tegur bila nampak saya tak istiqamah.

Sikit demi sikit, saya mula pakai tudung yang boleh menutupi bahagian dada. Lepas tu, mula labuhkan tudung lebih bahu pula.
Saya mulakan dengan tudung bawal bidang 45 dan bidang 50. Bila saya rasa dah selesa, saya mula pakai tudung bidang 60. Gelaran ustazah dah mula naik bila sanak saudara nampak saya pakai tudung bidang 60. Senyum aje. Saya memang nak jadi 'ustazah' pun, insyaAllah. hehe.

Saya pastikan baju yang saya pakai mesti labuh menutupi punggung dan longgar. Cara paling mudah nak pastikan kita dah tutup aurat dengan sempurna adalah dengan memastikan pakaian yang kita pakai tu boleh dibawa untuk solat terus.

Okey tutup cerita pasal tu. Berbalik kepada tajuk post ni, "Where's my face?".
Saya memang kurang gemar nak pamerkan muka saya di laman sosial. Saya pun bukannya femes macam retis, haha. Kalau boleh nak aje tutup muka setiap kali ada orang nak ambil gambar saya. Bila saya ambil gambar dengan muslimah lain, sangat jarang saya nak upload di Facebook etc walaupun selalu rasa nak buat macam tu. We will get back what we give, kan? Saya tak nak orang upload gambar saya, jadi saya tak upload gambar oranglah.

Sesungguhnya. hamba ini sedang berduka lara sebab hujung minggu ni nak balik kolej dah.. Allahu. Mohon doa kalian agar diri ini diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan dari Allah. May Allah bless you hehe.

Wassalam :)

Dress like what?

Bismillah..

"hmmm.. Qyra, what should I wear today?"
She asked her twin. Petang itu, mereka mahu keluar membeli belah di Jusco.

"Why ask me if you're not going to listen to my suggestion?.."

"Okay. Black top and jeans."

She is not wearing any tudung.

"Fyra, is it okay if I wear baju kurung english cotton ni?" tanya Qyra sambil menayangkan baju yang diberikan nenek mereka.

"ee.. It looks baggy! Plus your tudung labuh tu..." Fyra mencebik.

"Fyra, you wear that tight clothes, do you think it makes you look skinnier? When will you cover your aurah properly, my dear adik?" Qyra cuba mentarbiyah adiknya.

Fyra terus ke bilik persalinan. Qyra hanya mampu beristighfar.

--------------------------------------------------------------

At shopping complex.

Fyra sedang mencari losyen The Body Shop.

Qyra berdiri di satu sudut, menunggu adiknya. Dia sedang melayari WikiQuote. Setia mencari idea untuk mentarbiyah adiknya.

"Fyra!" Qyra menghampiri adiknya.
"Akak nak ke ladies sekejap. Pegangkan phone kakak ya?"

"Okay, kak!" Fyra senyum.

Kebetulan, Fyra sudah mahu membayar barang di kaunter. Selepas itu, dia terus mencari kerusi untuk duduk. Stiletto yang dipakai membuatkan kakinya sedikit lenguh.
Fyra membelek telefon bimbit kakaknya.
'Dave Chappelle? Apa yang seronok sangat sampai kakak buka page pasal dia ni?' Fyra scrolled down to read more. Page tersebut mengandungi beberapa quote popular dari lelaki tersebut.

Matanya tiba-tiba tertarik pada satu quote. Entah kenapa.

The girl says "Oh uh-uh, wait a minute! Wait a minute! Just because I'm dressed this way does not make me a whore!" Which is true. Gentlemen, that is true. Just because they dress a certain way doesn't mean they are a certain way. Don't ever forget it. But ladies, you must understand that is fucking confusing. It just is. Now that would be like me, Dave Chappelle, the comedian, walking down the street in a cop uniform. Somebody might run up on me, saying, "Oh, thank God. Officer, help us! Come on. They're over here. Help us!" "Oh-hoh! Just because I'm dressed this way does not make me a police officer!" See what I mean? All right, ladies, fine. You are not a whore. But you are wearing a whore's uniform.

 --------------------------------------------------------------

Keesokan hari, sebelum mereka keluar rumah,

"Kakak, boleh Fyra pinjam pashmina akak? "

Qyra tersenyum bahagia.

Tak susah pun.. ;)

"Alhamdulillah! Hari ni sayyidul aiyam. Hani, jom ketip kuku. Kita niatkan ikut sunnah sempena hari Jumaat ni." kata Atiyah kepada roommate-nya.

"Okay, jom.. tapi.. Atiyah ketiplah dulu. Saya nak habiskan baca novel Adam Hawa ni sekejap. hehehe.." balas Hani sambil menyengih.

"La ba'sa.." Atiyah berkata separuh berbisik.

"HAH?! Apa awak cakap?" Hani menjerit. Dia memang sukar mengawal intonasi suaranya.

Atiyah tergelak sedikit. Kelakar melihat muka Hani yang pelik.

"Astaghfirullah.. Kawallah sikit suara tu.. Saya cuma sebut la ba'sa.." Atiyah senyum.

"Alaa.. Awak sebut perkataan yang saya tak faham.. Saya jadi peliklah.." Hani merungut.

"haha. La ba'sa itu maksudnya.. never mind!" Atiyah mengenyit mata sambil mengetip kuku.

Hani mengangguk seperti anak kecil. Comel.

Usai Atiyah mengetip kuku, dia menghulurkan pengetip kuku kepada Hani.

"Atiyah, macam mana ni?? Saya susahlah nak ingat turutan ketip kuku.." Hani mengomel.

"Mulakan dari jari telunjuk yang awak angkat ketika baca tahiyat awal dan akhir." Atiyah mentarbiyah.

"Lepas itu?" Hani tidak sabar terus bertanya.

"Kemudian, ketip ke arah kanan. Sambung ke tangan kiri. Ketip dari jari kelingking, ke arah kanan." Atiyah sabar mengajar Hani.

"Oh.. Tak susah pun sebenarnya, kan?" Hani menyengih lagi menunjukkan giginya yang dipakaikan pendakap gigi. Comel. Hani memang comel.

"Atiyah! Kalau nak ketip kuku kaki??" Hani menyergah.

"Mulakan pula dari kanan ke kiri." Atiyah senyum.

Hani terus mengetip kukunya.

Atiyah senyum. Hani sudah pandai..


Menuju RedhaNya

Bismillah..

Sebelum memasak, aku akan teringat pesan Tok Abah. Jangan masak ketika lapar kerana masakan boleh menjadi masin dan jangan masak ketika kenyang kerana masakan boleh menjadi tawar. Aku gembira memasak hari ini. Aku memasak untuk tetamu paling istimewa dalam hidupku.

Telefon bimbitku berbunyi.

"Salam. Kami berlima, otw ke sana."
Aku mendapat mesej pesanan ringkas darinya. Aku berdoa agar mereka selamat dalam perjalanan.

'Eh. Lima orang? Makanan yang sedang aku sediakan pula hanya untuk tiga orang.'
Aku segera membaca 'laisalaha min dunillahi kaasyifah' agar Allah mencukupkan makanan yang sedikit ini kepada tetamuku yang ramai. Disamping itu, aku teruskan berselawat. Alhamdulillah, selepas juadah siap dimasak, aku menghidangkannya di ruang tamu.

Tok Mak berjalan ke ruang tamu.

"Dah siap?" tanyanya sambil tersenyum.

Aku mengangguk. Tersengih.

"Tak sangka Kaka akan ikut macam Tok Mak.. tapi benda baik buat apa ditunda kan?" katanya.

Aku senyum. Malu. "Moga Allah mudahkan semuanya, Tok Mak."

"Sedapnya bau makanan. Pandai cucu Tok Mak masak." pujinya.

Tok Mak berumur pertengahan 70 tahun. Dia bernikah dengan Tok Abah ketika umurnya 16 tahun. Tok Abah lebih tua sedikit berbanding Tok Mak. Namun, aku tidak pernah lihat mereka berselisih faham. Usia hanyalah angka yang tidak mempengaruhi sesebuah kebahagiaan.

Aku terdengar bunyi enjin kereta. Alhamdulillah, mereka sudah sampai.

Ibu dan Abah keluar untuk menyambut tetamu. Aku berasa malu untuk tampil.

Mereka datang untuk memulakan sunnah Baginda. Sunnah yang akan mengubah hidupku sedikit sebanyak.

Ya. Aku bakal menjadi seorang bidadari hati kepada seorang pejuang agama. Ada sebuah pertemuan untuk melamarku pada hari ini. Hatiku berdebar-debar. Aku bersyukur kerana aku akan menjadi seorang kekasih halal buat seseorang. Telah tiga tahun kami saling memendam rasa cinta sejak akhir Tingkatan 3.

Moga Allah permudahkan segala urusan.

Aku tersenyum.

Bagaimana Harus Kuperbetulkan?

Awal petang tadi, aku ke kedai telekomunikasi di bandar untuk membeli kad tambah nilai.

Aku melangkah masuk ke kedai. Terpandang seorang kakak yang sedang menjaga kedai tersebut. Dia tidak bertudung. Memakai baju kurung. Sekilas pandang, aku sangka dia seorang yang sombong.

Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke kaunter apabila aku tiba di hadapannya. Aku senyum.

"er. Nak top up...", butir bicaraku tersangkut sekejap.

Muka 'kakak' ni macam pernah aku kenali. Dua saat berlalu, aku masih tidak menyambung kata-kataku. 'Kakak' itu senyum.

"Ya?", dia meminta aku menyambung kata-kataku.

'Eh! Ini kan kawan aku sewaktu di sekolah rendah dulu! Yang talkative dan suka ketawa tu.', aku sudah dapat mengingat. Namun, aku sedikit hampa bila menghadapi kenyataan bahawa dia sedikit culas dalam bab aurat.

"..Hotlink, RM10", aku tersenyum kelat. Terasa mahu bertanya adakah dia masih ingat aku.. tapi sifat terlalu-pemalu aku membuatkan hasratku tergantung begitu sahaja.

"Terima kasih.", ucap kawan lamaku dengan senyumannya.

Ya, aku masih ingat sifat periangnya tujuh tahun dulu. Tak sukar untuk aku recall.

'Ya Allah.. Bagaimana harus kuperbetulkan kawanku itu?..', aku berkata dalam hati.

Aku melangkah keluar dari kedai dengan rasa penyesalan sehinggakan aku tidak dapat fokus buat seketika apabila orang lain bercakap denganku. Fikiranku menerawang.

Allahu.. Ampunkan aku kerana tidak membantu dia..

My Book: Cinta High Class

Bismillah.

Saya dapat tahu tentang novel ini dari Twitter, kalau tak silap. Jujurnya, kalau pandang cover buku ni, saya akan fikir lima kali sebelum beli. Saya memang judge books by its cover. Mwehehe. Saya tertarik nak memiliki buku ni bila baca feedback yang sangat baik dari para pembacanya.



Saya rasa teruja bila Allah singkatkan masa saya mencari novel ni. Alhamdulillah, parents tak menghalang saya beli novel ni walaupun SPM dah dekat sangat waktu tu. hihi.

Saya baca setiap helai dari novel ni, kecuali helaian copyright tu. hehe.. dan, saya rasa sangat gembira serta bersyukur. Banyak ilmu yang saya dapat dari novel ni. Bukan setakat bab cinta, nikah, dan cara mengenali bakal suami. Bahkan, ada juga ilmu fiqh, psikologi dan hadis.

Subhanallah. Novel ni sedikit sebanyak dah luruskan langkah saya dalam bercinta. Islam meraikan setiap kondisi umatnya. Islam menawarkan solusi bagi setiap permasalahan. Islam itu memang indah!

Bagi saya, ehem, saya dah dapat kurangkan perkara lagha dalam percintaan saya. Saya cuba menguruskan rindu dengan zikir. Saya cuba berpuasa syahwat. Jarak yang Allah bentangkan antara saya dan si dia merupakan suatu nikmat. Mujahadah menjadi lebih mudah. Alhamdulillah! Saya dah dapat menerimanya dengan baik dari hari ke hari.
Moga kekuatan hati saya ni akan terus bercambah. Allahumma aamiin.

Novel ini juga menyediakan tips kebahagiaan rumah tangga. Macam-macam yang terkandung dalam novel ini. Ada kisah suka. Ada kisah duka. Ada kisah kekeluargaan. Ada kisah persahabatan. Ada kisah perpisahan. Saya boleh katakan, novel ini sendiri novel yang high class.

Buku ni juga mempunyai aura yang tersendiri.

Bagi mereka yang single, bacalah novel ini untuk mempersiapkan diri dilamar bakal pasangan yang soleh.
Bagi yang terlajak bercinta a.k.a. couple, bacalah novel ini untuk mencari solusi dalam menguruskan perasaan.
Bagi yang sedang bertunang, bacalah novel ini untuk mengetahui adakah tunanganmu itu bakal menjadi pasangan yang setia.
Bagi yang sedang melayari bahtera perkahwinan, bacalah novel ini agar pernikahanmu kekal manis setiap detik hingga ke syurga.
Bagi yang sudah berpisah, novel ini menyediakan ubat bagi merawat hatimu dan akan membangkitkan semangat dalam jiwa.

Bacalah! Anda takkan menyesal, insyaAllah :)

#2 Selamat Tinggal, Sekolah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa hari sebelum SPM, aku berniat nak berubah. Aku nak bertudung labuh. Nak jadi perempuan solehah.

Aku mudah tersasar. Aku mudah terikut-ikut. Ya, iman aku tak teguh. Namun, hamba Allah tak pernah salah kalau nak berhijrah. Niat itu yang penting. Ikhlas, hanya kerana Allah Taala.

Hajat aku tak kesampaian pada minggu pertama SPM. Tudung labuhku ada pada adikku di asrama tempat dia belajar. Aku hampa. Sedih. Aku cuba cari tudung labuh lain yang ada di rumah. Ada! tapi itu milik adikku. Tidak cukup labuh bagiku. Aku sabar.

Ada hikmahnya.

Dua minggu terakhir untuk SPM, barulah niat aku terlaksana. Kata-kata sindiran dan situasi yang boleh jatuhkan air muka aku, itu semua dah berlegar-legar dalam fikiran aku. Aku tabahkan hati. Aku teringatkan pesan cikgu kesayanganku.

"Kenapa awak tak masuk kelas saya hari tu?" Cikgu tanya ingin tahu. Dia prihatin terhadapku.
Hari itu, aku menangis dengan teruk. Lumrah untuk aku ada masalah dengan kawan. Aku ceritakan semuanya kepada cikgu. Aku teliti apa yang aku katakan. Tidak mahu menyalahkan pihak kawan. Biarlah. Aku tak pernah kisah siapa menang, siapa kalah. Pada aku, kebenaran itu yang paling penting. 
Syukur, aku tidak menjatuhkan air mataku di hadapan cikgu itu. Aku sudah lebih kuat dari sebelumnya. 
"Awak, saya nak tanya. Awak sedang duduk atas kerusi kan? Apa jadi kalau tempat sandar ni patah? Awak akan jatuh tak?" Cikgu cuba memberi analogi.  
"Tak.." 
"Macam mana pula kalau kaki kerusi ni patah? Awak jatuh kan?" 
"Jatuh.." 
"Apa yang saya nak cakap, jangan jadikan kawan itu tempat awak bergantung. Bila kawan awak tinggalkan awak, awak akan 'jatuh', sebab awak kehilangan tempat awak bergantung." 
"Hm.." Aku sebak. 
"Jadikan kawan itu sebagai sandaran. Cukup. Kalau kawan awak tinggalkan awak, awak takkan 'jatuh'. Awak bergantunglah pada Allah. Allah sentiasa ada untuk awak. Awak takkan pernah 'jatuh'." 
Aku terasa ingin memeluknya. Namun, sifat pemalu aku yang tidak bertempat menyebabkan hasratku terbatal. 
"Waktu saya di universiti dulu, saya tak ada best friend tau?" Aku terkejut. Lantas, aku teringat Prof. Muhaya. Prof pun cakap, waktu di universiti dulu, dia tak ada best friend.
Mereka berjaya walaupun tak ada best friend. Aku? Tak mungkin aku tak boleh. 
Cikgu banyak beri aku kekuatan. Aku bagaikan diberi semangat baru. Aku seolah-olah mendapat keberanian untuk menghadapi dugaan di dunia ini. Kami bertemu lebih 2 jam. Masa terasa sekejap. Kalau boleh, aku ingin bercakap lebih lama dengan cikgu. 
"La haula wa la quwwata illa billah. Amalkan zikir ni. Kita ni hamba Allah yang lemah. Hanya kepada Allah kita meminta pertolongan. Awak amalkan zikir ni tau?" 
Aku senyum dalam rasa sebak. Lantas, aku mengangguk.
"Terima kasih cikgu."

 Kalimah itulah yang aku amalkan. Aku persiapkan mental aku untuk sabar ketika dihujani kata-kata sindiran dan situasi memalukan. Sangkaan aku betul. Ada sahaja kata-kata yang memanah telinga aku. Ada sahaja pandangan kurang senang. Ada yang menjatuhkan air muka aku.

Aku meraikan sesiapa saja yang datang kepadaku. Aku berkawan lillahi taala. Jika dia pergi, aku tak kisah sangat. Sebab, aku bergantung pada Allah. Allah, Dia kekuatanku. Aku lebih tabah sekarang.

Zaman persekolahan telah membawa aku untuk menjadi lebih matang, lebih berhati-hati. Ujian yang dulunya aku rasakan berat, kini terasa ringan dan tidak menggugat aku. Akhirat itu tujuan utamaku. Bila aku menjadikan akhirat sebagai keutamaan, ujian di dunia terasa ringan.

Wajah yang baik tidak mencerminkan jiwa yang bersih. Kepercayaan itu bagaikan kertas. Sekali ianya rosak, kepercayaan yang baru takkan pernah sempurna seperti sebelumnya. Atau.. mungkin juga 'kertas' yang rosak itu akan terus dibuang?

Alhamdulillah.


Rasa hati

Hm..

Baru lepas baca satu post tentang perempuan.. yang buat hatiku berdetik,

"Rasa nak remove saja semua kaum lelaki dari friend list di Facebook.."

"..tapi mereka tak bagi harm pada aku rasanya. Cuma, memang selalu ada yang update status lagha.. melalaikan.."

"Tak mengapa. Aku sendiri sangat jarang membuka news feed. Biarlah. Mungkin mereka membaca status dakwahku.."

"Moga ada manfaatnya.. walau sedikit."

"Mungkin satu hari nanti aku akan remove semua lelaki dari Facebook aku.."

"Suatu hari nanti.."
Daisypath Friendship tickers