Pages

Jodohku.. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ♥

Secebis kisah..

Waktu itu, aku di ruang tamu, sedang melayari internet. Cuba meneliti satu laman web yang menjual telekung.

Tiba-tiba, ada satu suara lelaki, lemah sahaja bunyinya, memberi salam.

"Assalamualaikum.."

"Assalamualaikum.."

Sliding door pula tidak ditutup rapat. 

Tudung! Ah! Tak ada tudung pula di sini. Aku terpaksa bersembunyi di sebalik dinding supaya tetamu itu tidak nampak aku.
Aku menunggu ayahku untuk menyambut tetamu tersebut.

Aku lihat, pakcik itu kelihatan kurang bermaya.
Dia memakai kopiah, kemeja putih lengan pendek, seluar hitam dan selipar agaknya. Aku tak perasan.

Aku tak mampu mendengar keseluruhan bicara mereka di luar rumah. Hanya sedikit butir percakapan yang aku tangkap.

Kata lelaki tua itu, dia seorang musafir.
Isterinya sudah meninggal dunia.
Anak-anaknya sudah berkahwin.. dan menghilangkan diri.
huh..

Aku kasihan melihatnya.

Dia melangkah pergi.

Di tangan kirinya memegang payung.

Di tangan kanannya memegang beg.

Dia menapak keluar dari halaman rumah. Langkahnya perlahan.

Aku tak tahu ke mana dia akan pergi. Di mana dia akan berteduh?

Ya Allah.. Selamatkanlah dia. Selamatkanlah semua hambaMu yang kesusahan.

Berilah kami semua pengakhiran yang baik.

Allahumma, aamiin..


Daisypath Friendship tickers