Pages

Jodohku.. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ♥

Selamat Tinggal, Sekolah!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dah lepas dari kertas-kertas SPM. Lepas 11 tahun belajar, dapatlah cuti rehat 3 bulan. Er..

Merdeka? Not for me. Aku tak rasa aku dah merdeka.. sebab belum dapat keputusan lagi. aha. Usaha aku belum berakhir. Fasa pengorbanan masih belum berakhir. Ada banyak lagi perkara yang perlu aku lakukan.
Apa dia?
hehe. Itu rahsia aku dengan Allah.

So.. upcoming events will be on this Ahad. Kempen, dakwah dan usrah. InsyaAllah, pertama kali berjihad di 'bumi asing', di kalangan mereka yang tidak aku kenali. Semoga semuanya berjalan lancar.

Beberapa minggu lepas, aku mula berhijrah 'sekali lagi'. aha. Aku cuba jaga diri aku baik luaran mahupun dalaman. Aku nak jadi perempuan solehah. Tidak memandang dan tidak dipandang lelaki bukan muhrim. Aku tidak mahu bercakap tentang mereka, dan aku tak mahu mereka bercakap tentang aku. Aman sungguh rasanya! :)

Aku melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan seribu satu rasa. Alhamdulillah, kerana diberi peluang untuk merasai pahit manis di alam persekolahan. Tahun akhir banyak mengajar aku tentang asam garam persahabatan.. dan aku lebih terbuka mata tentang dunia yang sebenar.
Jangan-mudah-tertipu.

It is time to perform the solat Asar.

Sebarlah bahagia!
Daisypath Friendship tickers