Pages

Jodohku.. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ♥

Street Dakwah

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama kali ternampak ada tweet tentang event #KempenTutupAurat, saya terus menanam hasrat untuk ke sana. Event ni dijalankan buat kali pertama di KLCC.

Serba sedikit mengenai kempen ini. Ianya di bawah #TeamHijrah dan pengasas bagi kempen ni ialah Kak By.

Street dakwah di KLCC.
Pada mulanya, saya memilih untuk ke kempen di Johor tapi tempatnya di Larkin, agak jauh dari hometown saya. Jadi, saya memutuskan untuk ke kempen di Melaka. Di Melaka, kempennya diberi nama Hijrah: Anggun di MataMu & Cinta Allah dan Rasul.

Disebabkan saya belum ada lesen kereta lagi, saya mula meminta bantuan kakak-kakak tersayang (dalam masa yang sama memang berniat nak bawa mereka saya pergi berjihad). huhu. Mula-mula, tanya kak Mai. Dia sedang belajar di Kelantan tapi rumahnya di Johor. Nasib kurang baik, dia tak dapat balik kampung.

Saya cuba pula tanya kak Liyana yang bekerja di Kajang. Alhamdulillah, dia setuju untuk ikut saya ke kempen tu. Katanya, in shaa Allah dia dapat balik pada hari tu. Rumahnya pun di Johor juga. hehe. Terima kasih, kak Liyana! :)

Akhirnya, pada pagi 9 Disember 2012, saya bersama kak Liyana and her mum make our way to Masjid Selat. "This is it." I said in my heart.

Dua gadis di kiri tu ialah kembar, 13 tahun.

Mula-mula, kena daftar. Nak bagi RM10 sebagai derma tapi rasa ragu-ragu nak bagi sebab tak ada kotak letak duit kat situ. Lepas tulis nama, saya baca list nama yang dah ada. Terkejut bila nampak nama ex-classmate saya, Fateha. Cuba cari tapi tak jumpa.
Selepas mendaftar, kami masuk ke dalam masjid. Ada sesi tazkirah tentang 'La ilaaha illa Allah'.

Penceramah

Kemudian, ada sesi usrah. Saya mula rasa kekok sebab terpisah dari kak Liyana. haha. Saya bukanlah seorang yang peramah atau socialist. Namun begitu, saya mula rasa selesa sebab ahli usrah saya rata-ratanya kakak yang baik. Saya tak sempat ambil gambar usrah saya. Kami kumpulan 5. huhu. Tiba-tiba, ternampaklah Fateha. Dah jumpa pun. aha.
Sambil usrah tu, alhmdulillah dapat bekalan untuk sarapan. (Terima kasih.. hehe.)

Usrah saya yang kat tengah tu. hihi. Rindu mereka.


Suasana 'bulatan gembira'. Saya bertudung hitam (berniqab? n_n).

Hampir waktu Zohor, kami mula digabungkan menjadi dua kumpulan. Kumpulan 5 bergabung dengan kumpulan 6. Kami diberi tugas melipat pamphlet yang akan diedarkan semasa street dakwah. Saya cuba cari pamphlet yang saya sumbangkan kepada Muslim Graphic tapi tak jumpa. Mungkin sebab bilangannya yang amat terhad. Tak mengapa. Moga bermanfaat, in shaa Allah.

Itu Afifah. Saya (kanan) tak masuk gambar :P

Selepas solat Zohor dan lunch (terima kasih kepada yang memberi kami makan), kami mula bergerak ke lokasi street dakwah. Kami dapat di kawasan bangunan merah.





Pengangkutan agak terhad jadi kami menunggu giliran untuk dihantar. huhu. Sambil menunggu, ada kakak niqabis memanggil kami untuk bergambar. Kalau tak silap, yang shoot gambar tu kak Nadiah Hanan.

We are going to berdakwah lillahi taala!
Antara kenangan semasa saya berdakwah adalah apabila saya cuba approach seorang kakak di kawasan bangunan merah. Saya beri salam dan bermuka manis sambil cuba menghulurkan pamphlet tapi dia cuma menjeling dan memandang sinis.

Bagaimana agaknya Nabi Muhammad saw berdakwah dalam situasi yang lebih mencabar dari situasi saya? MashaAllah.. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi wasallam..

Seronok bila ada yang berminat nak mendengar dakwah kami.

Sesi street dakwah. huhu.
May this guy converted to Islam lillahi taala because of her dakwah. hehe.
"Tutup aurat, in shaa Allah selamat"

Kami berhenti pada pukul 4 petang. Penat dan kehausan, itulah yang kami semua alami. huhu. Dugaan berdakwah.

‎"Doing dakwah isn't easy. Spreading Islam is hard. Some don't bother, some knocks us down. But for Allah & due to responsiblity, we continue"
kak Aisyah Syakirah

Ini gambar dari kamera saya. Itu tangan kak Baz. kui kui kui..

Semasa dibawa pulang ke masjid, dua orang ex-classmate saya, Iman dan Ezaty turut menaiki kenderaan yang sama dengan saya. Saya cuit bahu Ezaty sebab saya duduk di seat belakang kereta Naza Ria. Mereka menoleh, terus grinned. Iman kata "Atikah! Excitednya! Excitednya!" sebab dapat jumpa saya. Alhamdulillah. huhu.

Tiba di masjid, solat Asar dan sesi closure. Ada perkongsian dari beberapa orang hadirin.

Kembar yang susah nak berenggang. eh?

Adilah dan Adilla, (non-biological twins) (ahli kumpulan saya) telah menggunakan teori gula-gula ketika menerangkan aurat kepada seorang 'mat saleh'. Dia guna dua gula-gula. Satu berbalut dan vice versa. Kedua-duanya dijatuhkan ke tanah. For sure 'mat saleh' tu pilih gula-gula yang berbalut sebab ianya terpelihara.
Kalian pun tahu pasal teori ni, kan? hehe.

Mak dapat pengalaman baru :)

Kak Liyana's mum did deliver a short speech (atas permintaan ramai hehehe) because rasanya dia seorang je ibu yang turun padang. hehe. Alhamdulillah.. Mak kata, ini pengalaman dakwah dia yang pertama. Saya rasa bersyukur sebab dapat peluang untuk invite her secara tak langsung.

Thanks to kak Liyana yang telah mengajak mak dia (even though last minute eh?). hihi.



Ummi Kamariah pula begitu seronok berkongsi pengalaman beliau tersesat ke Hatten Square. Traffic jam pula agak teruk jadi ummi terus buat Street Dakwah di situ sendirian. Apabila ummi terpaksa pulang, ummi berjaya mem-"psycho" sekumpulan anak muda di situ untuk menyudahkan misi beliau.

During this session, saya dah kepenatan. haha. Muka blurred.

Sebelum berpisah, sesi bergambar! :)

Seronokkan? hihi.


Saya dah lari, cari kak Aqidah. hehehe.

Masjid yang mencipta seribu satu kenangan di hati saya :)

Eh, kejap. Kenapa tak ada gambar muslimin?

haha. Saya malu.

Asif jiddan~

Gambar yang sempat saya ambil di Masjid Selat.

Sebelum pulang ke rumah, saya, kak Liyana dan mak singgah Jusco. Beli makanan di La Boheme. Kak Liyana pula dah cari sushi. kui kui kui. After that, mereka solat Maghrib. Saya ada MC syari'e..
Sudah solat, kak Liyana makan sushi kejap. Dia bagi saya rasa. Saya cuma pernah rasa wasabi je sebelum ni. haha. Saya makan sushi yang basic; ada nasi yang dibalut dengan seaweed.
Suapan pertama, "hm.. Okay not bad." Lepas tu tanya kak Liyana, makanan yang kat dalam nasi ni apa? Dia kata ikan mentah.

Saya jarang makan ikan...

Episod mengerikan pun datang. Suapan kedua mula rasa lain sikit. *puke* haha. Apa-apapun, saya berjaya menelan sushi tu. Kak Liyana offer sushi lain, saya takut nak makan. hihihi. Kak Liyana suka smoked salmon rasanya..

Usai, kami pun pulang ke rumah..

Saya suka gambar ni. n_n

Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat kak Liyana and her mum for that day.



Pengalaman hari tu telah mengajar saya

  1. buat sesuatu lillahi taala sebab niat sangat penting
  2. usrah mendatangkan banyaaaaaak manfaat
  3. erti ukhuwah fillah
  4. sentiasa optimis
  5. berani berdakwah kalau nak syurga Allah
  6. sabar dengan pelbagai ragam manusia
  7. kalau nak tahu erti jihad, joinlah event macam ni (dan banyak lagi)
Moga Allah redha. n_n
Daisypath Friendship tickers